Saturday, 1 June 2013

Pulau Perhentian, Terengganu. Part 1

"Stesen Bas Kuala Besut."
(GPS Koordinat: 5.832231,102.557679)

Kat sini ada bas Mahligai dan jugak Sani Ekspres. Kalau dari Ipoh tak pasti ada ke tak bas terus ke Kuala Besut. Kalau takde boleh jugak naik bas ke Kuala Terengganu pastu berhenti di Jertih naik teksi ke Kuala Besut. Tambang lebih kurang RM 20 jer satu teksi.

"Hotel Samudera."
(GPS Koordinat: 5.832503,102.55792)

Bagi yang inginkan hotel transit untuk bermalam sebelum ke Pulau Perhentian bolehlah menginap disini. Hotel Samudera ni terletak bersebelahan dengan stesen bas Kuala Besut. Kadar sewa jugak agak berpatutan. Untuk bilik biasa RM 112 jer. Disekitar hotel ini jugak terdapat kedai makan, kedai runcit, kedai cenderamata dan juga tempat letak kereta berbayar.

Bagi yang menaiki kenderaan sendiri sewa untuk tempat letak kereta berbayar adalah RM 7 sehari. Kawasan tempat letak kereta ini dibuka 24 jam. (GPS Koordinat: 5.832796,102.557293).

"Jalan utama menuju ke stesen bas Kuala Besut."

Disepanjang jalan ini terdapat banyak agensi pelancongan dan juga hotel-hotel bajet. Jangan terkejut sekiranya disapa oleh penunggang motosikal yang bertanyakan kemana hendak pergi. Mereka adalah agen-agen agensi pelancongan yang mencari pelanggan.

"Terminal Pelancongan Besut"
(GPS Koordinat: 5.830902,102.557384)

Di Terminal Pelancongan terdapat banyak agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk ke Pulau Perhentian. Disini juga terdapat kedai-kedai cenderamata dan di bahagian belakang Terminal Pelancongan ini terdapat jeti untuk ke Pulau Perhentian.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment