Tuesday, 20 December 2011

Kembara Basikal Ipoh - Lumut

Kembara berbasikal atau dalam bahasa omputihnya bicycle touring adalah salah satu dari percutian yang boleh dikategorikan sebagai bajet rendah. Tapi ia bergantung jugak kepada tahap kecergasan seseorang dan juga jarak tempat yang akan kita pergi.

Buat permulaan aku cuba berbasikal dari Ipoh ke Lumut meliputi jarak 190km pergi dan balik. Kelajuan semasa mengayuh aku tetapkan tidak lebih dari 20km/j dan dalam masa 5 jam aku boleh sampai ke Lumut tidak termasuk waktu berhenti rehat di bawah pokok, bawah bas stop, gerai air dan jugak stesen minyak. Busuk-busuk pun dalam masa 7 hingga 8 jam dah boleh sampai.

"Pelan-pelan kayuh."

Penginapan pulak bagi aku cukup sekadar berkhemah. Dengan kadar RM20 sehari untuk menyewa tapak khemah di tepi pantai aku rasa berbaloi sebab terdapat bilik air dan juga jamban. Keselamatan juga terjamin. Sekiranya tak mahu berkhemah hotel juga boleh disewa. Tapi ikut nasib, kadang-kadang penuh. Nak yang bajet punya boleh cuba di Hotel CK, bilik standet harganya cuma RM35 jer. Lokasinya lebih kurang 500 meter dari simpang empat jalan nak ke Teluk Batik.

"Ok la ni, janji bajet tak lari."

Untuk makan aku rasa tak menjadi masalah sebab disana banyak restoran-restoran yang dibuka sehingga larut malam. Kedai mamak ada, siam pun ada, pendek kata bawak jer duit. Kalau nak bajet pun boleh jugak. Pastikan bawak dapur sendiri dan masak didalam bilik hotel ataupun diluar khemah.

"Cepat dimasak sedap dimakan."

"Gambar hiasan."

1 comment:

  1. NZED GuestRoom | Bilik Penginapan Murah di Lumut, Perak

    Nikmati pengalaman penginapan yang MENYERONOKKAN bagi bilik penginapan MURAH dengan nilai HEBAT bagi wang di salah satu lokasi TERATAS di Lumut, Perak

    Talian Mesra: 012-5067575 @ 018-9734575
    Laman Sesawang: http://www.nzedguestroom.com

    ReplyDelete