"Perjalanan ke Pulau Perhentian menggunakan bot laju."
Nak ke Pulau Perhentian tak lama mana pun. Perjalanan menggunakan bot laju, mengambil masa kira-kira 45 minit jer dengan kelajuan kaw..kaw punya. Langgar ombak macam langgar bonggol. Melambung-lambung. Kadar bayaran hanya RM 70 sahaja pergi dan balik. Pergi pagi lagi baik, tak ramai orang.
"Jeti Awam Pulau Perhentian Besar."
Kalau menginap di Abdul's Chalets bot akan hantar korang kat Jeti Awam Pulau Perhentian Besar pastu jalan jer kaki. Tak sampai lima minit dah sampai kat Abdul Chalet.
"Rugi kalau tak bergambar."
Dah sampai kat jeti ni korang mesti terpesona degan keindahan pulau ni. Kalau tak percaya hantuk kepala kat dinding. Mesti korang terhegeh-hegeh nak sampai kat chelet punya. Nak tengok ikan la, tengok laut la, tengok bot la, tengok mat saleh la pastu rasa nak terjun dalam laut la.
Sewa kat Abdul's Chalets ni puas hati. Makan sedap, tempat pun best. Kemudahan pun terbaik. Layanan pun mesra. Korang nak letak meja makan dalam laut pun boleh rasanya. Kedai pun ada kat sini.
"Mana nak cari macam ni."
Lepak-lepak minum kat tepi laut ni boleh lupa semua masalah. Sikit pun tak ingat dah. Minum segelas tu sampai berjam-jam pun tak rasa apa. Tak percaya boleh cuba.
"Ni jenis Sea View kata tuan punya chalet."
Tidur kat chalet ni tak payah susah-susah nak jalan kaki kalau nak mandi laut. Merangkak pun boleh sampai. Pantai pun bersih. Sehari dua kali pekerja chalet ni sapu sampah kat pantai. Pasir pun putih melepak gebu pulak tu. Tak payah beselipar pun takpe.
"Chalet special punya."
Ni chalet lain dari yang lain. Kat Abdul's Chalets ada dua bijik jer. Kalau nak tau boleh telefon. Chalet ni jenis Garden View. Bukan selalu lepak dalam bilik pun.
"Pantai Abdul's Chalets."
Nak kata apa lagi kalau dah tengok pemandangan macam ni. Rasa taknak balik jer. Tak payah tengok TV pun tak apa.
Bersambung lagi...